Kecemerlangan PMR 2011
Friday, 24 February 2012 12:57
Written by Admin SMK Batu Kawa
Datuk Yong Khoon Seng menyampaikan sumbangan PIBG SMK Batu Kawah kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR 2011.
Sebanyak 25 orang pelajar cemerlang menerima sumbangan daripada Datuk Yong Khoon Seng dalam satu majlis yang berlangsung pada 18 Februari 2012 di Dewan Semerbak, SMK Batu Kawah.
Pelajar yang menerima hadiah sumbangan PIBG itu ialah:
1. Chong Yung Key (8A)
2. Lo Yi Wei (8A)
3. Vivian Voon Li Sin (8A)
4. Alvyana Khiew Ai May (7A)
5. Angelia Then Gel Gel (7A)
6. Dannial Harrison Ak Makerly (7A)
7. Edmyier Ak Mid (7A)
8. Jeffer Ak Kuwoh (7A)
9. Chong Chai Ling (7A 1B)
10. Kelly Liew Chung Shi (7A 1B)
11. Nur Natsha Astiqa Bt Mohd Shahdan (7A 1B)
12. Nurhijra Bt Dzulkanine (7A 1B)
13. Nurul Shafiqah Bt Othman (7A 1B)
14. Tang Sing Yun (7A 1B)
15. Cassie Lengunie Ak Renggi (6A 1B)
16. Charmaine Joanna Ak Stephen (6A 1B)
17. Elina Ak Rungud (6A 1B)
18. Jessica Robert Stephen (6A 1B)
19. Kuan Wee Chun (6A 1B)
20. Salimah Bt Mohd Salim (6A 2B)
21. Sung Mun Mun (6A 2B)
22. Zarifah Bt Menis (6A 2B)
23. Liew Yao Wang (6A 1B 1C)
24. Liew Yi Ping (6A 1B 1C)
25. Lui Jing Yi (6A 1B 1C)
10 orang pelajar yang memperoleh keputusan 5A turut diberi pengiktirafan dan penghargaan.
Dalam ucapan alu-aluannya, dan selaku penolong kanan yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan kurikulum sekolah, Cikgu Ramlee Bee berkata bahawa pihak sekolah dan para guru sudah berusaha dalam upaya yang terbaik. Terpulanglah kepada para ibu bapa untuk memberi sokongan dan pelajar sendiri yang merealisasikan impian.
Encik Leong Beng Kiong pula, selaku Pengerusi PIBG menyatakan rasa bangga atas kejayaan gemilang paara pelajar ini. Bagi beliau, ketiga-0tiga pihak telah memainkan peranan yang berkesan hingga mampu menampakkannya dalam bentuk kejayaan pelajar dalam peperiksaan awam.
"Sekali gus kejayaan ini meletakkan SMK Batu Kawah, sebaris dengan sekolah menengah biasa di seluruh negara. Mereka bukan orang depan, kita piun bukan orang belakang," kata Leong lagi seraya memberi kata-kata perangsang kepada pata pelakjar dan ibu baa yang hadir dalam majlis.
Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Yong Khoon Seng, Timbalan Menteri Kerja Raya, Malaysia menyatakan bahawa agenda pendidikan ialah agenda negara membangunankan modal insan yang secukupnya untuk memikul tanggungjawab yang begitu banyak dalam Negara kita yang semakin canggih.
Sebagai tanda sokongan kepada kegiatan PIBG sepanjang tahun, Datuk Yong Khoon Seng turut menyumbangkan wang kerajaan sebanyak RM20,000 kepada PIBG SMK Batu Kawah untuk membantu mereka membiayai aktiviti pelajar yang signifikan.

Datuk Yong Menandatangani Replika Sumbangan Kerajaan Sebanyak RM20000

Lo Yi Wei, Pelajar 8A Menerima Hadiahnya daripada Datuk Yong

Para Pelajar Cemerlang PMR 2011 Bergambar Kenangan dengan Datuk Yong Khoon Seng

PK1 Sekolah Menyampaikan Ucapan Bagi Pihak Pengetua Sekolah

'saya akan bantu selagi saya dapat...' kata-kata perangsang YDP PIBG, Leong Beng Kiong

Tarian Wau Bule oleh Kelab Kebudayaan Sekolah Menyerikan Majlis

'Usaha hendaklah diteruskan, kata-kata amanat Datuk Yong
Kursus Penataran BM
Tuesday, 15 November 2011 07:39
Written by Admin SMK Batu Kawa
Jais Sahok Kendalikan Kursus Penataran BM dan Pengajaran KOMSAS BM di Miri
Cikgu Jais Sahok dari SMK batu Kawa, Kuching, membantu DBP Kuala Lumpur mengadakan dan memudahcarai kursus Penataran BM dan Pengajaran KOMSAS kepada 20 orang guru BM Sekolah Menengah Chung Hua seluruh Miri. Mereka menghadiri Kursus Penataran BM dan Pengajaran Komsas dalam BM itu pada 12 November 2011. Kursus itu turut dihadiri 6 orang guru dari Bahagian Sibu. Kursus yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur itu diadakan di Hotel Mega, Miri.
Menurut ketua kumpulan kursus, Cikgu Wong, mereka berasa sangat bertuah kerana dilibatkan dalam kursus penataran ilmu bahasa serta berpeluang mengemas kini teknik pengajaran KOMSAS dalam BM.
Ada pula peserta yang berasa lebih bertuah kerana berkursus dengan penceramah atau pemudah cara yang karyanya sendiri termuat dalam teks komsas Tingkatan 2. Skrip Drama Hemodialisis, Jais Sahok, termuat dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius (Tingkatan 2) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Para peserta kursus diberitahu bahawa pengajaran KOMSAS dalam BM tidak mempunyai teknik yang kusus yang semestinya tepat untuk semua pelajar atau/dan semua keadaan. Justeru, Cikgu Jais memberikan beberapa petua kepada guru untuk menjadi guru yang berkesan, antaranya:
i. Guru ialah duta sastera di kelas BM
ii. Guru ialah pakar bahasa dalam kelas sastera (atau komponan sastera)
iii. Guru ialah model
iv. Malah…, guru ialah segala-galanya
Guru sebagai duta, menurut Cikgu Jais ialah guru yang tak=u semua perkara yang berkaitan dengan aspek yang diajarkan itu. analogy yang dijadikan analisis Cikgu Jais ialah duta sesebuah negaras ke sesebuah Negara. Dia perlu tahu akan semua perkara yang berkaitan dengan Negara yang didutainya itu. begitu juga jika dia mengajarkan apa-apa aspek sastera dalam KOMSAS BM.
Sesebuah teks KOMSAS mengandung tiga kelompok ilmu besar, menurut Cikgu Jais. Yang pertama ialah ilmu bahasa, yang kedua ilmu sastera dan yang ketiga, ilmu yang diuterapkan oleh pengarang dalam karyanya. Hubungan itu ditindan pula oleh hubungan tiga elemen pendidikan di dalam sesebuah kelas iaitu karya, guru dan murid.
Cikgu Jais memberi contoh karya Hemodialisis. Genrenya ialah drama. Elemen sasteranya sudah semestinya semua elemen sastera yang patut ada dalam sesebuah skrip drama:
i. Tema
ii. Plot
iii. Pemikiran
iv. Matlamat
v. Halangan
vi. Konflik
vii. Dialog
viii. Bahasa dan keindahan bahasa
ix. Watak dan perwatakan
x. Latar (masyarakat, suasana, masa)
Ilmu bahasa pula menyamai konsep tatabahasa dan bahasa inda / bahasa sastera. Tatabaasa mempunyai dua komponen iaitu kata dan ayat. Ilmu tentang kata pula terdiri daripada makna kata (semantic), ejaan kata (kata dasar, kata terbitan) jenis kata, kelas kata (KN, KK, KA, KT), morfologi kata (gandaan, majmukan, imbuhan) dan kata pinjaman. Disiplin ayat pula merangkumi frasa (jenis-jenis frasa: FN, FK, FA, FS) yang berpotensi untuk menjadi konstituen pembina ayat (ayat inti, ayat terbitan, ayat majmuk dan jenis-jenis ayat) serta bentuk ayat – biasa dan songsang.
Terdapat beberapa banyak ilmu terapan dalam sesebua karya sastera dan banyak juga cara pengarang mengilmui karya sastera mereka. Lazimnya melalui proses
mengalami proses:
i. Resapan ilmu
ii. Sisipan ilmu
iii. Anjakan ilmu
iv. Gambaran ilmu
v. Kolaj (pengkolajan) ilmu
vi. Mewarnai karya dengan ilmu
Karya yang indah ialah karya yang memberikan pengalaman keagamaan tetapi ingin saya tegaskan di sini bahawa karya yang signifikan ialah karya yang:
i. Menghiburkan
ii. Memberi ilmu pengetahuan
iii. Memperkaya pengalaman
Ilmu apakah yang patut ada dalam sesebua karya? Pinjam sahaja gagasan Haward Gardner, ilmu pelbagai pada dimensi:
1. Linguistic - kebahasaan
2. Logical/ Mathematical - numerasi
3. Spatial
4. Bodily/ Kinesthetic - gerak
5.Musical – bunyi-bunyian / muzik
6. Interpersonal – antara orang / insan
7.Intrapersonal – dalam diri orang / insan
8. Naturalistic – kesemulajadian
Dalam hal ini, sebagai duta karya di dalam kelas, guru hendaklah mempunyai kesemua ilmu yang dinyatakan itu dan dipersembakan dalam satu bodaya pedagogi yang cuma ada pada guru yang terlatih dan berpengalaman.
Untuk tujuan peningkatan ilmu dan kemahiran, Cikgu Jais mencadangkan beberapa penataran yang signifikan antaranya:
i. Penataran tatabahasa BM
ii. Penataran teknik pedagogi KOMSAS
iii. Penulisan kreatif.
Penataran atau kursus penulisan kreatif dicadangkan kerana Cikgu Jais percaya bahawa guru yang pandai mencipta karya kreatif (apa-apa genre pun) akan pandai juga mengajarkan karga sastera genre yang dimahirinya itu.

Adoi... itu macam ka...

Cikgu Jais Menerangkan teknik Terbaik Mengajarkan KOMSAS BM kepada pelajar Cina

Cikgu Wong menerima cenderamata kenangan daripada Cikgu Jais Sahok

Haiya.... peningkah kawan

Para Peserta Bergambar Kenang-Kenangan dengan Penceramah, Cikgu Jais Sahok
Graduasi Ke-2 SMK Batu Kawah Meriah
Monday, 14 November 2011 08:53
Written by Admin SMK Batu Kawa
Graduasi Ke-2 SMK Batu Kawah Meriah
SMK Batu Kawah mengadakan majlis graduasi yang kedua sempena tamat persediaan prauniversiti pelajarnya pada 9 November 2011. Sebanyak 41 orang pelajar Pra-U Tahun kedua menerima sijil tamat persediaan ke Universiti masing-masing daripada Pengetua sekolah, Cikgu Nedumaran Lingappan.
Kelas tingkatan enam SMK batu Kawah bermula tiga taun yang lalu dengan graduasi yang pertama berlangsung pada bulan November 2010. Sebahagian pelajar yang bergraduasi pada tahun 2010 sedang melanjutkan pelajaran masing-masing di universiti-universiti awam tempatan.
Pada majlis graduasi yang kedua ini sebanyak 41 orang siswa menerima sijil masing-masing dengan 12 orang daripada mereka menerima sijil kas kerana pencapaian peningkatan PNGK sebanyak 0.25.
Di samping itu, seorang pelajar menerima Anugera Khas Pengetua iaitu Euanis Kennedy Anak Ladek dari kelas Tingkatan Enam Atas 2. Pemilihan pelajar penerima Anugera Khas Pengetua didasarkan pada 60% dalam bidang akademik dan 40% dalam bidang Kokurikulum.
Tiga orang pelajar menerima Anugerah Cemerlang Kokurikulum kerana pencapaian masing-masing. Mereka ialah:
i. Pauline Uran anak Dabit (T6Atas3)
ii. Nancy Loh (T6Atas1)
iii. Angela Bt Ahmat (T6Atas2)
Masing-masing pelajar penerima anugerah berazam untuk berusaa lebih gigih dalam tempoh yang semakin singkat untuk menempa kejayaan ke universiti.
Menurut Euanis Kennedy Anak Ladek, walaupun dia tidak menyangka akan menerima anugerah kas, tetapi anugerah itu satu pengiktirafan ke atas sumbangannya selama berada di tingkatan enam. Dan anugerah itu juga menjadi perangsang kepadanya untuk berusaha lebih gigih agar cita-cita untuk ke IPTA tercapai dengan selesa.
Pengetua sekolah, Cikgu Nedumaran A/L Lingappan dalam ucapan perasmiannya menyatakan rasa bangga kerana usaha gigih guru membantu para pelajar hingga berupaya menampakkan kejayaan pelajar di dalam dan di luar sekolah.
Pengetua turut menyatakan rasa bangga kerana kumpulan pelajar Tingkatan 6 yang pertama sudah berjaya ke IPTA, di samping ada yang sudah bekerja. “Sekolah ini Berjaya menjadi medan penjana modal insan yang berketerampilan sesuai dengan FPN, yang berusaha membina modal insan hingga ke puncak potensi individu.”
Pengetua turut mengulas hakikat siswa memang berbeza. Tidak semua markah sama dan kedudukan berbeza-beza kerana setiap insanmemang berbeza. Sebagai penamat ucapan, pengetua berpesan kepada semua pelajar agar berusaha gigih hingga kejayaan benar-benar berada dalam genggaman.

Euanis Menerima Anugerah Khas Pengetua Daripada nedumaran

Pelajar Contoh, Euanis, Menerima Sijil Tamat T6 daripada Pengetua

Penerima Anugerah Bergambar Kenangan dengan Pengetua

Sebahagian Graduan T6 Menunggu Giliran Untuk Menerima Sijil

Warga T6 SMKBK Bergambar Kenangan
Hamid Bugo lancarkan Buku SMK Batu Kawa
Tuesday, 01 November 2011 13:25
Written by Admin SMK Batu Kawa
Tan Sri Haji Hamid Bugo telah melancarkan antologi Puisi Qasidah Ramadhan dan Syawal terbitan SMK Batu Kawah di Dewan Suarah Kota Samarahan pada 25 Oktober 2011. Majlis itu dilangsungkan sempena perasmian Seminar Kesedaran Penyerahan Bahan Penerbitan yang dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Kota Samarahan.
Dalam ucapannya ketika mengalu-alukan Tan Sri amid Bugo untuk melancarkan perasmian Qasidah Ramadhan dan SDyawal, Cikgu Ramlee Bee menyatakan bahawa penerbitan buku itu tercetus daripada sembang tidak formal dia dan mantan PK1 SMK Batu Kawah, Cikgu Jais Sahok.
"Ilham untuk menjayakannya tercetus apabila nilai dan unsur budaya yang berkaitan dengan kedua-dua konsep ad-din Islam, Ramadhan dan Syawal itu mula diwajahi perkara yang tidak mudah diwajarkan seperti ang pau atau sampul merah (atau hijau) sebagai pemberian atau cenderamata menjelang Aidilfitri. Penggantian sampul bertemakan dan berisi wang itu dengan dokumen penuh keilmuan ditafsirkan lebih wajar, munasabah dan menepati konsep keilmuan," kata Cikgu Ramlee
Antologi Qasidah Ramadan dan Syawal mengimpunkan 100 buah puisi yang dihadilkan oleh 12 orang guru dan 22 orang pelajar (dengan bilangan puisi sumbangan yang berbeza-beza).
"Sebagai sebuah institusi pendidikan, SMK Batu Kawah, warganya sudah tentu lebih wajar menghulurkan antologi puisi karangan bersama sebagai pengganti buah tangan yang sukar diwajarkan seperti ang pau atau raya pau," tambah Cikgu Ramlee sebagai pewajaran penerusan program penerbitan sekolah – institusi pendidikan yang berusaha menerbitkan karya dalam bentuk buku.
Pelancaran Qasidah Ramadhan dan Syawal dilakukan sebagai satu daripada perisian majlis perasmian Seminar Kesedaran Penyerahan Bahan Penerbitan yang dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Kota Samarahan.
Di samping pelancaran antologi puisi mereka, SMK Batu Kawah diberi penghormatan mementaskan persembahan deklamasi puisi kandungan antologi yang dilancarkan.
Deklamasi puisi diketuai oleh mantan PK sekolah, Cikgu Jais Sahok. Jais Sahok mendeklamasikan puisi karangannya sendiri - Pada ketibaan kali ini (apresiasi bulan suci)
Pada ketibaan kali ini
(apresiasi bulan suci)
Jais Sahok
pada ketibaan Ramadhan kali ini
sudah pasti aku lebih mengerti
semai abdi kian menguntum
seri sebuah kelahiran
gemerlap cahaya kehidupan
penuh erti
kefahaman
keabdian
kekerdilan
kepatuhan
pada ketibaanmu kali ini
aku merenung hasrat diri
dengan penuh rasa terlalu rindu
ingin kembali menari
rentak rukun dan tertib
mengelilingimu
ketika itulah aku enggan kenal haus dan dahaga
ketika itulah aku enggan kenal susah dan payah
ketika itulah aku enggan keluh kesah
ketika itulah aku enggan dolak dalik
ketika itulah aku sedar cuma ada Engkau ya Allah
yang dapat mengampuniku
yang akan kasih kepadaku
yang akan setia kepadaku
yang akan memberikan segala-galanya
kerana Kau telah restu atas kelahiranku dulu
cuma kupinta ya Allah
sedarkanlah aku sempena Ramadhan ini
akan kesilapanku
akan keterlanjuranku
agar aku kembali
secucinya kepadaMu
4 Ramadhan 1432H
4 Ogos 2011
Deklamasi berbentuk kesinambungan medley turut disertai oleh Cikgu Ramlee Bee sendiri, di samping Cikgu Ahmad Azreedzan dan Ustaz Hafizul Rasidi bersama-sama enam orang pelajar Tingkatan 3.
Para pelajar Tingkatan 3 yang terpilih melangsungkan persembahan sebagai peluasan kegiatan Pasca PMR mereka.
Dalam ucapan perasmiannya Hamid Bugo menyatakan kepentingan penyeraan bahan penerbitan kepada pihak PNS kerana bahan terbitan itu menjadi simpanan dan diproses untuk dijadikan bahan rujukan digitan yang akan kekal sebagai bahan rujukan sepanjang masa. Malah semua rekod perlu diserahkan untuk diurus dan direkodkan.
Turut ditegaskan ialah maksud, iaitu .... merupakan bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang mencatit fakta atau peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat dan termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku, peta, pelan, lukisan, gambar foto, mikrofilem, filem sinematograf, rakaman bunyi, rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal dan apa-apa salinannya.
Setiap penerbit atau individu yang menerbitkan baan rfekod itu diwajibkan (secara undang-undang) menyerahkan 5 naskhah kepada pihak PNS. Seminar kesedaran yang disertai pameran bahan penerbitan berupaya menyedarkan khalayak umum di negeri Sarawak.

Guru dan Pelajar SMK Batu Kawah Bergambar Kenangan di Kota Samarahan

Hamid Bugo Melancarkan Qasida Ramadhan dan Syawal SMK Batu Kawah

Jais Sahok Mendeklamasikan Puisi Pada Ketibaan kali Ini (Apresiasi Bulan Suci)

Pameran... sebahagian aktiviti Seminar Kesedaran Penyeraan Bahan PNS

PK SMK Batu Kawa, Cikgu Ramlee Bee memulakan pelancaran Qasidah Ramadhan dan Syawal
Sudut Peperiksaan
Puisi Dari Astana
Sesekali Dihargai
dikurniai begini
sebagai penghormatan diri
setelah lelah berbakti
sebagai anak negeri
membawa erti
sesekali dihargai
kehidupan ini menempa erti
kepada ibu pertiwi
dari luhur sekeping hati
inilah kenangan abadi
sesekali dihargai
terasa jasad dan roh
menghimpun harga diri
perkidmatan rupanya bernilai tinggi
sesekali dihargai
terasa dihormati
Astana Negeri
14.12.2010
Sesekali mengunjungimu
menatap erti dan inti
sebuah astana
dijulang tinggi
kedaulatan
kehormatan
keperkasaan
sebuah negeri
sesekali ketika berkunjung begini
bermadah suara hati
nikmatnya ini negeri
setelah lahir
mungkinkah mati di sini?
Astana Negeri
14.12.2010
Suara Dari Astana
anak-anak seluruh warga
dengan laung pekik
dan bisik mersik
suara ini
suara seorang guru sekolah biasa
terpilih berkunjung
untuk memancarkan suara seruan
dari ruang Astana kenikmatan
kekuatan kubunya gagah berani
kepetahan peguamnya menang bicara
keampuhan budayanya junjungan tinggi
kental ekonominya anak negeri
suara-suara pujangga
suara-suara perkasa
suara-suara panglima
kegagahan ini milik kita
semuanya dari petah bicara aksara
kita perlu jadi orang gagah perkasa
dan orang terdidik mata mindanya
semuanya diakui
bermula di tangga menara
mencatur petah susun nombor dan angka
bersama suara seorang guru biasa
yang gagah perkasa
Member Login
Welcome Message
Pengetua

Info Corner
Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta
Rukun Negara
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak
* mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
* memelihara satu cara hidup demokratik ;
* mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
* menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
* membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Mission
SEMERBAK SEMPURNA
Vision
SEMERBAK CEMERLANG 2015


























